TAJ International College

Syukur Alhamdulillah atas termeterainya Memorandum Persefahaman (MOU) Rakan Strategik antara pihak universiti bersama Universiti Geomatika Malaysia dan DRB-HICOM University.

Jalinan kerjasama ini merupakan satu langkah penting dalam memperkukuh hubungan strategik antara institusi pendidikan tinggi, khususnya dalam memperluaskan peluang pembangunan akademik, latihan industri serta kebolehpasaran graduan.

Melalui kolaborasi ini, pelbagai inisiatif berimpak tinggi bakal dilaksanakan termasuk perkongsian kepakaran, pembangunan program bersama serta peluang pendedahan kepada dunia industri yang lebih luas kepada para pelajar.

Semoga kerjasama ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan pendidikan dan melahirkan graduan yang holistik, kompeten serta bersedia menghadapi cabaran masa depan.

Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat