TAJ International College

Satu sesi kunjungan hormat yang diketuai oleh Puan Tina Tajuddin, Pengerusi Eksekutif TIC, ke Pondok Darul Furqan telah berlangsung pada Khamis, 26 Mac 2026. Pihak Pondok Darul Furqan yang diwakili oleh Dr. Hjh. Noraini Binti Mohamed (Pengerusi Pondok Darul Furqan) menyambut baik kehadiran delegasi TIC.

Kunjungan ini bertujuan untuk mewujudkan jalinan kerjasama strategik antara TIC dan Pondok Darul Furqan dalam bidang Tahfiz TVET, selaras dengan dasar tahfiz negara yang menekankan usaha memperkukuh serta memperkasakan sistem pendidikan tahfiz di Malaysia.

Sehubungan itu, pihak TIC melalui Program TIC Prihatin amat mengalu-alukan penglibatan Pondok Darul Furqan dalam inisiatif yang dilaksanakan.