Di sebalik setiap senyuman yang terukir di wajah warga emas, tersimpan seribu kisah kehidupan yang penuh makna dan pengajaran. Lawatan ke Rumah Seri Kenangan ini bukan sekadar program CSR, tetapi satu pengalaman yang benar-benar menyentuh hati.
Kehadiran saya bersama Team IKON Wanita Perak membawa sedikit keceriaan kepada mereka. Saat dipeluk erat seperti anak sendiri, terasa hangatnya kasih sayang yang tidak pernah pudar walaupun usia semakin lanjut.
Momen-momen sebegini mengingatkan kita betapa pentingnya perhatian, kasih sayang dan kehadiran kita dalam kehidupan mereka. InsyaAllah, jika diberi rezeki dan peluang, lebih banyak aktiviti bersama warga emas akan diadakan, khususnya buat mereka yang tinggal di rumah orang tua.
Semoga Allah melindungi dan merahmati setiap langkah kita dalam menyebarkan kebaikan.
