TAJ International College

Syukur Alhamdulillah atas peluang mengadakan kunjungan hormat bersama Puan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak.

Pertemuan ini membuka ruang perbincangan yang sangat bermakna, khususnya berkaitan portfolio JKM serta potensi kerjasama strategik antara pihak kami dalam membantu masyarakat secara lebih menyeluruh dan berimpak.

Kami amat menghargai layanan mesra serta sokongan yang diberikan oleh pihak pengurusan atasan JKM Perak. Perbincangan yang berlangsung bukan sahaja positif, malah memberi harapan kepada pelaksanaan inisiatif bersama pada masa akan datang, insyaAllah.

Semoga jalinan ini menjadi titik permulaan kepada lebih banyak kolaborasi yang bermanfaat buat komuniti.

Terima kasih JKM Perak