TAJ International College

Alhamdulillah, selesai sudah program CSR bersama anak-anak angkat di Sekolah Agama Rakyat Nurul Hikmah,satu-satunya sekolah agama khas untuk komuniti Orang Asli di Malaysia.

Jujurnya, pengalaman turun padang dan melihat sendiri kehidupan mereka membuka mata dan hati. Banyak perkara yang sebelum ini kita salah faham, sebenarnya berpunca daripada kurangnya pendedahan dan pengetahuan tentang masyarakat Orang Asli.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Ustazah RubyIzzah Rayyan yang begitu komited dan berkorban dalam mendidik serta menjaga anak-anak di sini. Pengorbanan yang sangat besar dan penuh keikhlasan.

Saya bersyukur diberi peluang ini, dan berjanji akan terus menyumbang tenaga selagi mampu dalam usaha memperkasakan pendidikan anak-anak serta membantu wanita di semua peringkat, termasuk komuniti Wanita Orang Asli.

Semoga semangat Maulidur Rasul ini menjadi asbab untuk kita terus mengeratkan ukhuwah, menyebarkan kasih sayang, dan membantu kerja-kerja dakwah tanpa kita melupakan saudara seislam kita.

Mungkin jarak itu pemisah,
Tetapi bukan doa dan usaha.

Semoga kita tergolong dalam ummah Rasulullah yang sentiasa mengingati dan mengejar amalan sebelum terlambat.