Ipoh, 17 Mac 2026 – Majlis Penyampaian Letter of Collaboration (LOC) Rakan Strategik bagi Program ProTahfiz dan Tahfiz TVET telah berlangsung dengan jayanya bersempena Program Ramadhan TIC Prihatin anjuran TAJ International College (TIC) yang diadakan di TT Hall, TIC.
Majlis ini merupakan satu inisiatif strategik dalam memperkukuhkan jaringan kerjasama antara TAJ International College bersama pelbagai institusi pendidikan, agensi serta badan bukan kerajaan dalam usaha memperkasa pendidikan berteraskan Al-Quran dan kemahiran teknikal (TVET).
Melalui pelaksanaan Program ProTahfiz, fokus diberikan kepada pembangunan awal kanak-kanak melalui asas hafazan Al-Quran, pengukuhan tajwid, pembinaan akhlak serta pembelajaran holistik. Manakala Program Tahfiz TVET pula menjadi platform integrasi antara pendidikan tahfiz dan latihan kemahiran teknikal bagi melahirkan generasi huffaz yang berkemahiran tinggi dan relevan dengan keperluan industri.
Antara penerima Letter of Collaboration (LOC) bagi Program ProTahfiz adalah:
SK Cator Avenue
SK Tarcisian Convent
SK Panglima Bukit Gantang
SK St. Michael
SK Manjoi 1
SK Tambun
Pusat Pengajian Tahfiz Rendah Darul Furqan
Manakala penerima LOC bagi Program Tahfiz TVET adalah:
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)
Jabatan Pendidikan Addin Yayasan Addin
Gerakan Belia 4B Kuala Kangsar
Pusat Tahfiz Al-Quran USAS
Sekolah Izzuddin Shah
SMK Tarcisian Convent
SABK Maahad Al-Imam Asy Syafiee
SMK Raja Permaisuri Bainun
SMK Gunung Rapat
SMKA Slim River
Maahad Tahfiz Al-Quran & Akademik Bakip (MATAQAB)
SMK Seri Intan
Kerjasama strategik ini dijangka menjadi pemangkin kepada pembangunan ekosistem pendidikan yang lebih holistik, merangkumi keseimbangan antara ilmu duniawi dan ukhrawi serta melahirkan generasi yang berilmu, berkemahiran, berakhlak dan berdaya saing.
Majlis ini turut mencerminkan komitmen berterusan pihak TAJ International College dalam memperluaskan akses pendidikan berimpak tinggi kepada masyarakat serta memperkukuhkan peranan institusi pendidikan sebagai agen pembangunan ummah dan negara.
