Alhamdulillah.
Pertemuan Jalinan Mesra bersama Pengarah JPN Perak, Dato’ Mohamad Fauzi bin Mahson dan CEO TIC, Puan Tina Dato Seri Tajuddin menghasilkan pertemuan yang positif.
Banyak kami bincangkan dan berkongsi idea tentang pembangunan masa depan pelajar SMK Kinta Utara khususnya.
TIC sentiasa bersedia berganding bahu dengan Jabatan Pendidikan Negeri/PPD/Sekolah/Agensi/NGO/Badan Kebajikan untuk bersama membantu masa depan pelajar di Kinta Utara dan insyaAllah diperluaskan ke seluruh Negeri.